Lilypie Kids birthday Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker

Tuesday, June 23, 2009

:: Teluk Chempedak ::

Semalam 1st day saya masuk office lepas 60 hari on maternity leave...memang rasa macam nak nangis je nak gi keja..ala2 macam budak sekolah nak masuk sekolah lepas dah cuti lama...dah la fikir nak tinggalkan adief yg dah 2 bln dok berkepit dgn mommy je...pastu tak dapat tengok aksi sofea yg suka panjat sane panjat sini dan dengar sofea berceloteh...tapi nak buat camne kan..tanggungjawab beb...tapi entry ni bukan nak ngomel pasal nak kena masuk keja..tapi nak cite skit pasal our 1st vacation with new family member ke Teluk Chempedak.. Actually bukan la saje2 pegi bercuti ni..tapi hubby ada kerja kat kuantan so dah alang2 masih lagi tgh bercuti, dengan muka tak malunya saya nak ikut la kan..rasanya lepas ni mesti bos susah nak bagi cuti..kalau ikutkan was-was jugak nak ikut sebab nak kena jaga sofea n adief sorang2 time hubby gi keja..tapi perasaan nak berjalan tu lagi kuat so ikut jugak la...we all bertolak dari kl hari rabu malam lepas hubby balik dr ipoh...kesian dia...sepanjang perjalanan tu sofea n adief tido je..memang senang hati la masa tu...sampai kuantan dalam pukul 11pm terus check in kat Hyatt... On thursday tu suppose hubby kena pegi keja after lunch..so pagi tu still ok lagi la kan...tapi belum ape2 lagi sofea dah start panjat atas meja la, main switch la...adief pulak merengek tak boleh nak tido so kena le berkepit...dalam hati ckp abiss la aku..tapi depan hubby tunjuk cool je sbb dia dah awal2 tanya boleh ke jaga sorang2 ni...dengan confidentnye saya jwb la boleh kan...karang kalau tunjuk muka cuak nanti mesti dia kata "I've told u"...hehehe...sekali tu tgh cuak2 tu hubby's collegue cakap kerja postpone..friday baru ada...masa tu mmg melompat la dalam bilik tu..sofea pun terkebil2 tengok mommy excited semacam...hehehe...petang tu we all lepak je dalam bilik sebab anak2 (lately, suka sebut perkataan ni;-)) tido...sofea tido sampai nak dekat maghrib...malam tu baru la keluar pegi makan kat area luar hotel...jalan kaki je sbb dekat...malam tu dapat lagi berita gumbira...memang kerja hubby kat kuantan tu kena postpone terus...so mmg dtg bercuti je la kat kuantan tu....i likee...hehehe Pepagi lagi hubby dah search internet konon nak carik hotel lain...tapi bila call hotel2 lain semua dah penuh...so we all decided stay je la kat hyatt ni sampai saturday..kira kena bayar sendiri la for one nite..ok la tu kan 2 mlm free...aktiviti hari jumaat tu pulak, lepas sembahyang jumaat hubby bawak pegi berjaya mega mall..gi lunch sane...sampai sana mkn dekat pizza hut..lepas order je tetiba adief meneran...rupanye dia ukk ukk...sofea pulak memang dah tak terkawal..sementara tunggu pizza nak datang, hubby dukung adief kat luar sampai adief lena...saya pulak suap sofea sup dgn cheese stick sambil sofea memanjat2 baby chair yang ada kat situ...huhuhu...then hubby pun datang balik kat pizza hut bwk adief yg dah tertido...sofea pulak dah masuk dalam stroller...tak sampai 5 minit dia pun tido...masa tu tetiba rasa macam heaven je sbb boleh makan dengan tenang...lama x dpt makan dgn tenang sejak dah ada anak ni...hehhehe..lepas makan tu merayau la dalam mall tu...hubby dukung adief, saya pulak sorong sofea dalam stroller...sempat la rembat beberapa keping dvd...best sgt!!balik tu dah siap2 tapau nasi ayam utk dinner..rasa tak larat la nak kuar lagi... On saturday morning pulak hubby bwk sofea gi swimming...seronok la cik kak tu dapat debushh..puas la dia berendam sampai kecut2 tangan dgn kaki..saya pulak turun lambat sikit sebab nak susu kan adief...masa turun tu mmg adief tido je dalam stroller...dapat la amik gambar kat swimming pool tu...dalam pukul 10.45am tu naik la bilik n get ready nak check out...memang agak huru hara gak la time tu..tulah 1st experience jalan jauh sejak dah anak dua ni...memang mencabar tapi bila tengok sofea happy sampai tersengih2 nampak gigi, hilang semua stress...tunggu la bila adief pun dah pandai nak enjoy macam kakak sofea... Balik tu memang terus shoot ke kl...sampai genting sempah tu call tokma tanya ada rumah tak..so singgah la rumah gombak sampai malam...sampai rumah pukul 11 lebih malam...letih...tapi yang paling letih hubby la...yang, thanks bwk kitorg jalan2..we love u...rasanya belum terlewat nak wish Happy Father's Day to u...sofea n adief are lucky to have u as their daddy... selain tu nak wish jugak Happy Father's Day untuk babah n papa..thanks for being such a wonderful father..we love u always... ni ada gambar skit masa kat teluk chempedak..






Monday, June 01, 2009

:: Pantang nak abiss dah..yeayyyy ::

Salam semua…lama betul tak post ape2 dlm blog ni…dah 43 hari dah lepas bersalinkan adief langsung tak update ape2…hubby je yg update…tu pun bila dia ada free time…esok cukup 44 hari..yahooooo…bestnye…
Kat sini saya nak cite la pengalaman bersalinkan Adief Shafiy …sebelum ni hubby ada post kan tapi ni biar la dari my own experience pulak…
16 April 2009(Khamis):
Pagi tu saya n hubby pegi klinik Dr. Ashar untuk check up 38wk..tapi disebabkan dr. ashar masih lagi bercuti sampai 20hb, Dr Sharmina yg gantikan…so masa check up tu ada la mintak dr sharmina checkkan sama ada dah ada bukaan ke tak…so kena la seluk…dr sharmina kata lom bukak lagi n rahim masih tinggi…so mmg lom masanya lagi la…lepas balik dr check up tu sempat la gi tgk exora..
17 April 2009(Jumaat):
Ada blood spot…kalau ikutkan masa before bersalinkan sofea mmg ada blood show..so dah suspen campur excited dah masa ni..
19 April 2009(Ahad) dan 20 April 2009(Isnin):
Petang tu pegi rumah mama kat Gombak..lunch(late lunch) kat sane…shana dgn syarul pun ada…shana sibuk mengajar mama nak order kain online..so join la diorg tgk design kain yg berkenan..tgh pilih2 tu tetiba ada rasa mild cantraction…pastu suruh la shana timing kan…memula every 10 min contraction dtg…mmg tepat2 la kan..tapi yg peliknya nape contraction ni tak sesakit macam sofea dulu..semua dah suspen suruh hubby bwk saya gi hospital…tapi kitorg rileks je…sama mcm time sofea dulu…kalau separuh org mesti dah tekan panic button…so dlm pkl 6 ptg tu balik la umah…contraction masih ada n constant…smp rumah terus mandi n hubby pulak mandikan sofea…pastu hubby call kak jajie mintak tolong bwk sofea pegi umah MIL…dlm pkl 7 lebih tu masih lagi rileks kat rumah tunggu kak jajie n abg zekri dtg…hubby pulak sempat lagi gantung langsir yg dah dibasuh siang tu…masa sofea nak keluar tu tetiba rasa mcm syahdu pulak..sebenarnya rasa mcm nak nangis tapi control je la…sofea pun elok je salam n peluk saya n hubby….dlm pkl 8 lebih tu ckp kat hubby kita pegi jelah check CTG…kalau kata false alarm ke kita balik la…hubby pulak ckp u beranak je la ari ni..so dia takde la risau kan…hubby drive gi APSH ikut DUKE highway…bwk pun steady je sbb saya takde la rasa sakit sgt…then sampai kat parking kat basement APSH dlm pkl 8.40pm…masa tu hubby tanya nak tunggu lepas contraction datang ke baru nak kuar dari kereta…saya cakap takpe la…leh tahan lagi..kalau sakit nanti just berhenti je la kat tepi…pastu kuar la tapi tak bawak beg pun lagi…sekali elok je sampai kat entrance tu tetiba je TUSHH…waterbag pecah…terus saya pegang kuat2 tangan hubby cakap waterbag pecah…kebetulan ada satu van ni baru amik patient kat situ..so ada lah wheel chair..org tu pun offer la nak wheel chair ke…we all pun cakap nak…hubby terus lari gi balik kat kereta nak amik beg…so hubby pun sorong la saya gi EnA…pastu dialog hubby cakap kat nurse “rasanya isteri saya nak beranak dah ni”…hehhee…cam kelaka pulak…pastu diorg pun terus la bawak saya ke LR…nurse check tgk dah bukak 4cm…then dia masukkan ubat buang air besar n suruh tukar baju…pastu nurse tu cakap Dr. Ashar takde sbb masih bercuti, doc lain yg akan ganti…masa tu redha je la…nak wat camne kan…lepas gi toilet nurse tu bagitau Dr. Ashar dah balik…so dia yg akan sambut…lega sangat masa tu..so tunggu la kami suami isteri dalam LR tu dgn penuh debaran…sempat lagi sms kengkawan n family…nurse pulak kejap2 tanya tahan ke sakit...saya cakap still boleh tahan lagi..sekali dalam pukul 11 pm tu dah rasa sakit makin kuat…nurse check dah bukak 6cm…pastu dia tanya lagi nak pain killer ke…saya cakap saya nak pakai gas la…nurse pun ajar la cara nak sedut gas…lepas sedut gas tu tetiba rasa high je…boleh lagi gelak terkekek2 dgn hubby cakap rasa high la…masa tu mmg tgn hubby la jadik mangsa bila contraction datang…memang sakitnya tak terkata la kan…dalam pkl 1:45 am tu ckp kat hubby rasa tahan dah ni…hubby pun panggil nurse…nurse check 8cm..still tak boleh push lagi…dia kata dalam ½ jam lagi kot…dalam hati ckp ya Allah…lambat lagi ke…then dalam 5 min pastu mmg bebetul rasa mcm nak buang air besar…hubby panggil lagi nurse..bila check tgk dah 10cm…terus la diorg pasang ape2 yg patut n panggil doc..alhamdulillah tepat pukul 2am 20 April 2009 dgn sekali push je kuar la cahayamata kedua kami bernama Adief Shafiy…rasa lega sangat masa tu…semuanya selamat…
Tak sangka pulak skang dah ada dua cahayamata..sofea pun nampak dah ciri2 kakak penyayang…harap2 nye la…hehhe..to my beloved hubby, thanks so much sbb jaga kami anak beranak dgn baik sejak dr awal pregnancy lagi…I love u so much…semoga kita dapat mendidik anak2 kita dgn baik…aminnnn..