Lilypie Kids birthday Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker

Monday, June 01, 2009

:: Pantang nak abiss dah..yeayyyy ::

Salam semua…lama betul tak post ape2 dlm blog ni…dah 43 hari dah lepas bersalinkan adief langsung tak update ape2…hubby je yg update…tu pun bila dia ada free time…esok cukup 44 hari..yahooooo…bestnye…
Kat sini saya nak cite la pengalaman bersalinkan Adief Shafiy …sebelum ni hubby ada post kan tapi ni biar la dari my own experience pulak…
16 April 2009(Khamis):
Pagi tu saya n hubby pegi klinik Dr. Ashar untuk check up 38wk..tapi disebabkan dr. ashar masih lagi bercuti sampai 20hb, Dr Sharmina yg gantikan…so masa check up tu ada la mintak dr sharmina checkkan sama ada dah ada bukaan ke tak…so kena la seluk…dr sharmina kata lom bukak lagi n rahim masih tinggi…so mmg lom masanya lagi la…lepas balik dr check up tu sempat la gi tgk exora..
17 April 2009(Jumaat):
Ada blood spot…kalau ikutkan masa before bersalinkan sofea mmg ada blood show..so dah suspen campur excited dah masa ni..
19 April 2009(Ahad) dan 20 April 2009(Isnin):
Petang tu pegi rumah mama kat Gombak..lunch(late lunch) kat sane…shana dgn syarul pun ada…shana sibuk mengajar mama nak order kain online..so join la diorg tgk design kain yg berkenan..tgh pilih2 tu tetiba ada rasa mild cantraction…pastu suruh la shana timing kan…memula every 10 min contraction dtg…mmg tepat2 la kan..tapi yg peliknya nape contraction ni tak sesakit macam sofea dulu..semua dah suspen suruh hubby bwk saya gi hospital…tapi kitorg rileks je…sama mcm time sofea dulu…kalau separuh org mesti dah tekan panic button…so dlm pkl 6 ptg tu balik la umah…contraction masih ada n constant…smp rumah terus mandi n hubby pulak mandikan sofea…pastu hubby call kak jajie mintak tolong bwk sofea pegi umah MIL…dlm pkl 7 lebih tu masih lagi rileks kat rumah tunggu kak jajie n abg zekri dtg…hubby pulak sempat lagi gantung langsir yg dah dibasuh siang tu…masa sofea nak keluar tu tetiba rasa mcm syahdu pulak..sebenarnya rasa mcm nak nangis tapi control je la…sofea pun elok je salam n peluk saya n hubby….dlm pkl 8 lebih tu ckp kat hubby kita pegi jelah check CTG…kalau kata false alarm ke kita balik la…hubby pulak ckp u beranak je la ari ni..so dia takde la risau kan…hubby drive gi APSH ikut DUKE highway…bwk pun steady je sbb saya takde la rasa sakit sgt…then sampai kat parking kat basement APSH dlm pkl 8.40pm…masa tu hubby tanya nak tunggu lepas contraction datang ke baru nak kuar dari kereta…saya cakap takpe la…leh tahan lagi..kalau sakit nanti just berhenti je la kat tepi…pastu kuar la tapi tak bawak beg pun lagi…sekali elok je sampai kat entrance tu tetiba je TUSHH…waterbag pecah…terus saya pegang kuat2 tangan hubby cakap waterbag pecah…kebetulan ada satu van ni baru amik patient kat situ..so ada lah wheel chair..org tu pun offer la nak wheel chair ke…we all pun cakap nak…hubby terus lari gi balik kat kereta nak amik beg…so hubby pun sorong la saya gi EnA…pastu dialog hubby cakap kat nurse “rasanya isteri saya nak beranak dah ni”…hehhee…cam kelaka pulak…pastu diorg pun terus la bawak saya ke LR…nurse check tgk dah bukak 4cm…then dia masukkan ubat buang air besar n suruh tukar baju…pastu nurse tu cakap Dr. Ashar takde sbb masih bercuti, doc lain yg akan ganti…masa tu redha je la…nak wat camne kan…lepas gi toilet nurse tu bagitau Dr. Ashar dah balik…so dia yg akan sambut…lega sangat masa tu..so tunggu la kami suami isteri dalam LR tu dgn penuh debaran…sempat lagi sms kengkawan n family…nurse pulak kejap2 tanya tahan ke sakit...saya cakap still boleh tahan lagi..sekali dalam pukul 11 pm tu dah rasa sakit makin kuat…nurse check dah bukak 6cm…pastu dia tanya lagi nak pain killer ke…saya cakap saya nak pakai gas la…nurse pun ajar la cara nak sedut gas…lepas sedut gas tu tetiba rasa high je…boleh lagi gelak terkekek2 dgn hubby cakap rasa high la…masa tu mmg tgn hubby la jadik mangsa bila contraction datang…memang sakitnya tak terkata la kan…dalam pkl 1:45 am tu ckp kat hubby rasa tahan dah ni…hubby pun panggil nurse…nurse check 8cm..still tak boleh push lagi…dia kata dalam ½ jam lagi kot…dalam hati ckp ya Allah…lambat lagi ke…then dalam 5 min pastu mmg bebetul rasa mcm nak buang air besar…hubby panggil lagi nurse..bila check tgk dah 10cm…terus la diorg pasang ape2 yg patut n panggil doc..alhamdulillah tepat pukul 2am 20 April 2009 dgn sekali push je kuar la cahayamata kedua kami bernama Adief Shafiy…rasa lega sangat masa tu…semuanya selamat…
Tak sangka pulak skang dah ada dua cahayamata..sofea pun nampak dah ciri2 kakak penyayang…harap2 nye la…hehhe..to my beloved hubby, thanks so much sbb jaga kami anak beranak dgn baik sejak dr awal pregnancy lagi…I love u so much…semoga kita dapat mendidik anak2 kita dgn baik…aminnnn..

5 comments:

Unknown said...

besan..dah nak habis pantang dah no....kitaorg x gi lawat ..but i owe si adief hadiah yer..tunggu..

PHiRa said...

besan, ari ni last pantang...takpe la...paham u all dah jauh kan:-)

SyaNa said...

da sepasang anak ko ye..
laju jek
kekeee

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

kita dok tguu mummy nienya entry updates .. x lama dah nk hbs pantang dah ;-)

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Hi Phira..once again, tahniah dari erin :D
dah habis pantang...bestnyaaaaa... :D

Bila baca pengalaman bersalin phira, mmg tak dinafikan, bersalin untuk second child, sakit contraction tak lah sesakit masa first baby kan...
erin pun mcm tu jgk...